Recent Post

Monday, April 1, 2024

Keindahan Rasa di The George Penang | Makan Malam Sempena Ramadhan 2024 di Penang

Keindahan Rasa di The George Penang | Makan Malam Sempena Ramadhan 2024 di Penang |  Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kita sudah menghampiri ke akhir Ramadhan 2024, semoga kita semua dapat menyempurnakan ibadah ini dengan sempurna hingga ke akhirnya, amiinn.


Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah lokasi yang menawarkan set makan malam istimewa bersempena dengan Ramadhan iaitu di The George, Georgetown, Penang. Ianya merupakan sebuah 5 star botique hotel, yang terletak di tengah-tengah bandara Georgetwon. Lokasinya sememangnya terpaling strategik. Manakan tidak, sememangnya kebanyakan kawasan tarikan pelancongna hanyalah dengan berjalan kaki tau3. Petik ja apa sahaja tarikan Pulau Pinang yang ada, contohnya seperti nasi kandar Line Clear, nasi briyani Hameediyah, cendol Penang Road, roti canai transfer road, roi canai argyll, roti bakar Hutton Lane, sup Hameed, bazar Chowrastar, Komtar, dan banyaaaakkk lagi tau3. Tidak cukup dengan itu, sememangnya hotel ini mempunyai daya tarikan tersendiri dengan reka bentuk serta hiasan dalamannya yang mengetengahkan ciri klasik dan mewah tau3.


Dan bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan, pihak The George telah menyediakan tawaran menu berbuka puasa yang istimewa tau3. Ianya merupakan set hidang mengikut bilangan. Menu yang dibariskan mengetengahkan menu berasaskan masakan tradisi Melayu asli tau3. Nak tahu lebih lanjut, ajiiooom layan ceritera bergambar di bawah...........


The George, Georgetown Penang


Safron Dining, The George Penang


Mr Peter Ho, yang sangat peramah orangnya merupakan GM The George Penang


Set hidangan D : nasi briyani, sup ayam berempah, ayam maska merah, ikan masak berlada, udang masak diraja, dalca sayur, rendang daging, kambing kurma, papadom dan ulaman-ulaman bersama sambal


Set berbuka puasa, Keindahan Rasa di The George Penang

Pssttt, saya juga nak bagi some sneak preview bilik penginapan yang ditawarkan di The George. Secara totalnya, bangunan The George mempunyai 6 tingkat dan jumlah bilik yang ada adalah sebanyak 92 unit. Ini adalah termasuk 7 jenis bilik yang berbeza iaitu Deluxe, Executive Deluxe, Premier Deluxe, Governor Suite, Colonial Suite, Pearl Suite dan Heritage Suite. Ajiioom layan beberapa keping gambar yang sempat saya snap semasa room tour di The George
v
v
v
v
v
v
v
v



Pssstt, untuk full room review, tungguuuuuu pabila saya staycation disini tau3



~~~ The End ~~~

0

Saturday, March 23, 2024

Citarasa JEN Buffet Dinner di JEN Penang Georgetown by Shangri-La | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang

Citarasa JEN Buffet Dinner di JEN Penang Georgetown by Shangri-La | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat hujung minggu semua pembaca kesayangan. Hari ini, entry kali ini, saya akan berkongsi sebuah lokasi yang menawarkan buffet makan malam yang best bersempena dengan bulan Ramadhan. Lokasi ini boleh dimasukkan di dalam senarai port berbuka puasa bersama yang tersayang naaaaaa.


Bertemakan Citarasa JEN Buffet Dinner, JEN Penang Georgetown by Shangri-La membariskan aneka jenis menu yang mempunyai sentuhan tempatan dan juga antarabangsa. Sememangnya sangat sesuai dengan waktu di kala berbuka puasa di bulan Ramadhan ini. Marilah bersama-sama saya untuk perkongsian serba sedikit apa yang menarik dan terbaik yang ditawarkan di Citarasa JEN Buffet Dinner, JEN Penang Georgetown by Shangri-La.


Citarasa JEN Buffet Dinner, JEN Penang Georgetown by Shangri-La


Hiasan dalaman dan table sitting di dalam Cafe JEN, JEN Penang Georgetown by Shangri-La


Barisan buffet line di Citarasa JEN Buffet Dinner di JEN Penang Georgetown by Shangri-La 



PEMBUKA SELERA

Barisan pembuka selera antaranya ialah seafood on ice, aneka jenis kerabu, salad bar bersama condiments dan dressing, serta aneka ulam ulaman bersama pelbagai sambal


Terdapat juga aneka jenis kurma, soto ayam madura bersama roti, ketupat dan lemang bersama serunding, keropok goreng, keropok lekor, dan papadom


Psssttt, oohooiii ampa tengok la petai ituuuu. Mata dia seketui-seketui nalaaaaaaa weeeiii. Sekali ngap puas hati he3. Memang gred terbaik betul petai ni tau3



MENU UTAMA


Nasi Briyani, oatmeal prawn and curry leaf, clam with kam heong sauce, baked stuffed squid with spicy cream sauce, Morrocan lamb stew, daging rendang, chicken buttermik, kari ikan masak padang, ikan bawal panggang sos percik, fried sambal okra beans with prawns dan roasted mix vegetables with cajun spice


Pssttt, terpaling menjadi poojaaaaann hati dinda adalah udang oatmeal itu, kambing stew Morroccan itu dan juga daging rendang ituuuuuuuu. Memang rasanya memikat selera sungguh weeeiii. Wajib untuk anda nikmati jika berkunjung ke sini

KAUNTER AKSI

Kaunter sup noodles


Pssttt, sup ini puuunn beessttt. Paling kick tebabum pabila di tambah topping sambal kicap atau sambal merah eh tu haaaaaaa. Menjejes-jejes air idung pun sambung slurp, tak boleh berhenti tau3


Bubur lambuk


Pasembur


Psssttt, seriously ini merupakan kaunter pasembur paaaaliiiinnngg meriiiiaaahh pernah saya jumpa di mana-mana buffet tau3. Berkali-kali tengok tetapi masih keliru mana satu pilihan hai. Karang bubuh semua, penuh pinggan, melimpah ruah, tak habis makan sorang. So meeeemaaanng kena kongsi ramai2 tau3


Kaunter murtabak dan roti canai


Pssstt, murtabak dan roti canai dibuat panas-panas naaaaa. Memang semerbak bau eh


Roasted lamb leg


Psssttt, oohoooiiii, hat ni sedap sunggguuuuuhhhh laaaaaaaa. Serious waajiiiiiiiibbb nimkati kaki kambing ini taaaaauuu. Rasa dan bau kambing tu terpaling sedaaaapppssss tak tau nak haabbiiiiaaaaqqqq. Dimakan bersama ketiga-tiga sos itu laggiiiii terangkat 


Aneka jenis jeruk buah, ikan masin, telur masin, serta cheese platter


Kambing golek dan sup gear box


Psssttttt, sedaaaappp jugaaaa hat niiii weeeeii. Seriously memang memanggil-manggil tau pabila mata terpandang seperiuk besor sup gear box itu. Bertambah-tambah teruja pabila chef belanja preview menuang sup di dalam mangkuk ituuuu. Geraaaaaamm betul melihat segala lelemaks, urat,sum-sum yang dok ada tu haaaaaaa


Char koay teow


Pssttt, sedaaappp weeeii CKT ni. Beratoq panjaaaaanngg he3. Tapi berbaloi menunggu walaupun tak la lama mana pun, sebab ceppaaatt tau Chef tu goreng CKT berapi-api eh tu tau3. Memang bau dan rasa smokey itu menyengat selera tau3. Wajib cuba naaaaa


Satay ayam dan otak-otak



PENCUCI MULUT

Barisan pencuci mulut seperti aneka jenis kek, puding, jelly, kuih muih tradisi Melayu, bubur gandum, dodol, kuih raya, brean butter pudding, serta chocolate fountain


ABC dan buah-buahan segar


Kaunter aiskrim


Pssstt, memang menjadi rebutan aiskrim cup Milo tau3. Cravings satisfied he3


Aneka minuman sejuk dengan air balang


Tadaaaaaaaa, hasil pinggan mangkuk gelas cawan di malam kejadian he3




~~~ The End ~~~

0