Saturday, August 12, 2017

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Haaaaaa, kalau anda masih lagi tercari-cari, apakah yang boleh dilakukan dihujung minggu ini, apa kata anda mulakan dengan jalan-jalan cari makan. Memang bahagia rasanya kalau dapat berJJCM bersama keluarga tersayang kan3.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, satu pit stop JJCM yang WAJIB anda singgah jika anda ke negeri PERLIS. Ini kiranya sambungan dari entry saya sebelum ini di SINI.


Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar


Menu Pilihan WAJIB Cuba | Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

Menu Pilihan WAJIB Cuba | Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Dari nama restoran dah sah-sah MENU UTAMA yang dihidangkan di restoran ini adalah LAKSA BERAS kan3. Memang WAJIB yer cuba laksa beras dari Restoran Kak Su ini. InsyaAllah sekali cuba pasti akan tambah lagi dan lagi dan lagi he3.

Walaubagaimanapun, selain dari laksa beras, terdapat juga beberapa menu ringan sebagai tambahan yang turut ditawarkan. Antaranya adalah pulut udang, kuih spera, kerepek traditional, dodol dan juga dadih.

Kaunter dan susunan kawasan makan di dalam Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

Pssssttt, untuk makluman semua, ruang makan di restoran ini luas. Selain didalam kawasan kedai (2lot), anda juga boleh pilih untuk duduk di kawasan koridor. Tetapi jika pada waktu puncak, memang akan PENUH semua. Tetapi sekali lagi, jangan risau, anda cuma perlu menunggu sebentar, kerana memang konsep makan di sini, sudah makan terus beransur. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan lain untuk menikmati makanan mereka pula. Iyerla, restoran ini kan ramai pengunjung, makanya janganlah pula bila makan di sini ada niat nak lepak bersembang-sembang sesudah makan yer he3

Senarai harga bagi laksa, pulut udang dan spera

Psssttt, sewaktu saya pergi tu pulut udang dan spera dah HABIS yer. Waktu itu dalam jam 12.30 tengah hari


Menu Mr Hubby & Mrs Wifey di Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar
Dua pinggan laksa beras dan 2 cawan teh o ais

Psssttt, nampak tak bekas warna hitam kat gambar atas tu??? Haaaaaa, kami suami isteri ingatkan bekas tu otak udang yer. Dengan yakin Mr. Hubby terus tuang dalam pinggan dia. Elok rasa ja kuah, rasa macam manis-manis. Jadi pelik pula. Terus saya rasa sama. Rupa-rupanya bekas itu adalah kicap yer he3. Nasib baik tak banyak sangat yang Mr. Hubby letak, walaupun dah lari sikit rasa sedap laksa tu, tapi masih lagi sedap dan habis licin dimakan he3.


Senarai jenis bungkusan laksa dan harganya

Pssttt, sebelah utara ni (Kedah/Perlis) konsep bungkus memang pakai kilo yer. 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
CONTOHNYA
Hasil tapau-an saya
1/2 kilo laksa + ulam + kuah = RM6.00

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar | Untuk anda yang berminat untuk mencuba. (#eh3 memang WAJIB tau anda cuba kalau anda ke Perlis), boleh rujuk maklumat terperinci dan juga peta google maps Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar di bawah ini :


Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

Alamat :
No. 97, Jalan Siakap 1, 02000, Kuala Perlis, Perlis

No Tel : 
012-5500365 / 014-2483133 / 019-5111464 / 019-4667700


Nah, saya belanja sekali lagi
Laksa Beras Asli & Segar dari Restoran Kak Su



~~~ To Be Continued ~~~

No comments:

Post a Comment